Perkahwinan kedua Raisuddin Hamzah

Raisuddin Hamzah (52 tahun) mendapat persetujuan isteri pertama untuk berkahwin dengan isteri kedua Siti Fatimah Suberi (20 tahun). Isteri pertamanya ialah Noor Ai’ni Mohd, mengidap penyakit strok.ketika di mahkamah, beliau dipapah oleh madunya , Siti Fatimah .

Pada 2 Januari 2007, 2.30 tengah hari, mereka berkahwin di Kampung Bana, Songkhla, Thailand kerana tidak mendapat persetujuan daripada bapa mentuanya Suberi Abdullah. Mahkamah Rendah Syariah Gombak menolak permohonan Raisuddin untuk berpoligami. Pada 7 April 2009, Siti Fatimah secara sukarela mengaku bersalah kerana bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah. Siti Fatimah berasal dari Alor Star, Kedah dan kini menetap di Selangor dan menjadi suri rumah sepenuh masa . Dia dikenakan denda RM1,000 atau dipenjara enam bulan.[1]

Suberi Abdullah telah memfailkan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam agar perkahwinan anak mereka tidak sah dan faraq (berpisah sementara) .Permohonan faraq ini menghalang Raisuddin dan Fatimah daripada melakukan hubungan suami isteri.Perkahwinan mereka diragui walaupun ia telah disahkan oleh pihak mahkamah. Beliau sebagai bapa memohon perkahwinan anaknya dibubarkan mengikut Seksyen 62(2) Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003 pada 26 Oktober 2007.[2]

Pada 21 Disember 2009 Mahkamah mengarahkan supaya mereka tinggal berasingan sehingga pernikahan mereka disah dan didaftarkan. Siti Fatimah bermastautin di Selangor dan Suberi Abdullah adalah wali mujbir.[3] Raisuddin dan Siti Fatimah diwakili peguam syarie, Nor Azmi Mohd Arif dan Mohd Ridhwan Husin. Peguam Syarie, Roshdan Sujak Rafie mewakili Suberi Abdullah .Hakim Syarie, Abu Zaky Mohammad menunda kepada tarikh 30 Mac 2010.